Rabu, 23 Mei 2012

EMPAT MINGGU TIGA HARI

Dah nak dekat sebulan dengan Atkins Diet. Lepas jer empat minggu terus bantai maggi. Tak tahan beb tapi aku ingat nak sambung lagi tempoh induction. Minggu ni langgar pantang lepas gian jap ehehe...

RABU - 23/05/2012

Pagi
1 biji telur rebus
4 gelas air suam

Tengah Hari
1 biji telur rebus
1 paket keropok ikan pedas
6 gelas air suam

Malam
1 ekor ikan bawal goreng dengan kacang soya
1 mangkuk sawi goreng







SELASA - 22/05/2012

Pagi
1 gelas susu Anlene
4 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk kecil kek coklat
5 gelas air suam



Malam
1 pinggan udang goreng kunyit
6 gelas air suam




ISNIN - 21/05/2012

Pagi
1 keping keju
1 gelas susu Anlene
3 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk sayur campur (kubis panjang, lada benggala kuning, sweet pea)
5 gelas air suam

Malam
1 mangkuk maggi perisa ayam dengan bebola ayam dan kacang buncis
6 gelas air suam




AHAD - 20/05/2012

Pagi
1 pinggan saderi, timun dengan hirisan hot dog goreng
4 gelas air suam



Tengah Hari
1 mangkuk sup ayam
5 gelas air suam



Malam
3 biji telur dadar hancur  dengan daun bawang, daun sup, tomato
6 gelas air suam




SABTU - 19/05/2012

Pagi
1 mangkuk coleslaw
4 gelas air suam



Tengah Hari
1 ekor ikan cencaru bakar
5 gelas air suam



Malam
3 biji telur dadar dengan keju
1 pinggan salad
6 gelas air suam


Hari Jumaat ngan Khamis lepas demam. Takde mood nak amik gambar pun. So, tak ingat apa yang aku dah bedal aritu. Orang kat keliling pun dah naik menyampah tengok aku sket-sket amik gambar... sket-sket amik gambar.



Apa pun skill mencekik memasak aku makin hebat! Pergh! Hebat la sangat. Pada hal aku sendiri pun tak tau apa benda yang aku masak keh... keh... keh... 

Rabu, 16 Mei 2012

HARI KE-24

Pagi
1 gelas susu Anlene
3 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk bihun sup
5 gelas air suam

Mintak sup ayam takde jadi terpaksa la order bihun sup. Sorry, Atkins... (^_^)v 

Malam
1 mangkuk salad (daun salad hijau & ungu, lada benggala hijau, merah & kuning, kubis ungu, ketulan ayam, kepingan sosej)
1 gelas mango lassi
6 gelas air suam




Tetiba tekak teringin nak minum mango lassi. Try buat sendiri tapi jadi mango ice blended lak. Tak tau la terlebih ice ker or terkurang yogurt.

Selasa, 15 Mei 2012

HARI KE-23

Pagi
1 gelas susu Anlene
3 gelas air suam

Tengah Hari
2 biji telur dadar hancur
6 gelas air suam

Malam
1 pinggan sayur campur dengan udang (lada benggala merah & kuning, cendawan butang, saderi)
5 gelas air suam


Isnin, 14 Mei 2012

HARI KE-22

Pagi
1 keping keju
1 gelas susu Anlene
3 gelas air suam

Tengah Hari
2 ketul ayam goreng (McDonald)
6 gelas air suam



Malam
1 mangkuk sup krim ayam dengan sweet pea
6 gelas air suam



Ahad, 13 Mei 2012

JAUH LAGI


Genap dah tiga minggu Lada Hijau amal konsep Atkins Diet. Tapi nak dapat posing cam kat atas tu jauh lagi la. Kena terus nekad kuatkan makan semangat nak kurus dulu. Perut ni dah sebu makan sayur. Hari-hari dok togok air berbotol-botol sampai lemas kembung. Hmm... kalau la doraemon betul-betul wujud. Ko dah mula nak merepek kan Lada Hijau. Bukannya ko brenti makan terus kan? Ko cuma takleh ambik karbohidrat jer. Tengok! Dah tiga minggu ko makan kurang. Kalau tak semernya ko nak tala sumbat kat perut ko tu kan. Ko tu dah la memanjang stress. Elok la teruskan diet ni. Alah, bukan sakitpun cam cucuk botox. Nanti bila berat badan tu dah susut sket, tak lah ko nampak macam ikan paus lagi tapi macam mermaid.

      

Pagi
3 biji telur hancur dengan mayonis
1 gelas susu Anlene
4 gelas air suam


Tengah Hari
1 pinggan sayur campur dengan ketulan ayam (cendawan butang, kubis, lada benggala hijau, daun bawang)
5 gelas air suam


Malam
1 mangkuk sayur campur dengan udang (sweet pea, cendawan shiitake, lada benggala merah)
6 gelas air suam

Sabtu, 12 Mei 2012

HARI INI, SEMALAM, KELMARIN

HARI INI - 12/05/2012

Pagi
1 biji telur rebus
4 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk sup ikan merah
6 gelas air suam


Malam
1 mangkuk sup cendawan
6 gelas air suam



SEMALAM - 11/05/2012 

Pagi
1 keping keju
4 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk kangkung goreng
2 ketul ayam goreng
5 gelas air suam

Malam
1/2 ekor ikan bawal sambal
6 gelas air suam





KELMARIN - 10/05/2012 

Pagi
2 biji telur rebus hancur dengan mayonis
4 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk sup tulang
4 gelas air suam


Malam
3 ketul ayam goreng
6 gelas air suam


Rabu, 9 Mei 2012

AIR

Bibir Lada Hijau dah mula kering. Kulit pun macam nak mengelupas. Tapi dah minum banyak air. Kenapa ek? Mungkin badan dalam proses nak mengecik kot. Jadi badan ni tengah salin kulit agaknya. Kecik sangat la badan ko tu Lada Hijau oii. Ko ingat cam ular ker main salin-salin kulit bagai. Kan ker dah kata kena minum banyak air. Tak kira la Atkins Diet ker, makan racun ubat kurus ker, mesti kena minum banyak air. Sekurang-kurangnya kena minum 2 liter air atau lebih sehari untuk elakkan dari hidrasi dan jugak sembelit. Nanti mata ko jugak terbeliak-beliak dalam tandas sebab "baja" susah nak kuar. 



Jadi jangan teragak-agak nak minum banyak air ye.

Pagi
1 keping keju
5 gelas air suam

Tengah Hari
1 ketul hati ayam, 2 ketul pedal dengan tongkeng ayam sambal cili padi (tongkeng tu lupa nak kira braper ketul tapi semernya RM 2.00)
6 gelas air suam


Malam
10 cucuk sate ayam
1 mangkuk sayur bayam tumis air
6 gelas air suam





Selasa, 8 Mei 2012

PENAT

Pagi
2 biji telur dadar dengan daun bawang
4 gelas air suam

Tengah Hari
2 ketul ayam goreng
5 gelas air suam

Malam
1 mangkuk sup tulang
5 gelas air suam







Nak tidur awal malam ni. Lapar penat...

Isnin, 7 Mei 2012

HARI KE-15

Pagi
2 biji telur dadar bawang
1 gelas susu Anlene
3 gelas air suam

Tengah Hari
1 ekor ikan keli cili padi
4 gelas air suam


Malam
1 ekor ikan cencaru bakar dengan air asam
1 mangkuk pecal (timun, tauge, kangkung, pucuk ubi)
6 gelas air suam



Ahad, 6 Mei 2012

DUA MINGGU LAGI


Yes, yes... I made it! Two more weeks to go! I'll do my best to reduce my weight! Tetiba rasa nak makan kek lak.



Ye ke? Or hangat-hangat tahi ayam jer ni? Betul la. Memang dah semangat nak buat betul-betul ni sayang. Perut ni nampak da turun sket. Okay, sket jer la kan tapi menjadi la jugak walaupun diet Lada Hijau ni on and off. Dua minggu ni nanti Lada Hijau nak buat betul-betul.



Ye ker? Cam tak caya jer.




YA LAAAA!



Alaaa... relaks arr Lada Hijau. Gurau jer.  Okay, so all the best untuk diri saya sendiri lah ehehe


Pagi
3 biji telur dadar hancur dengan tomato
4 gelas air suam



Tengah Hari
1 ekor ikan cencaru bakar dengan air asam
1 mangkuk sayur campur
4 gelas air suam





Malam
1 pinggan sayur kubis panjang goreng dengan udang
6 gelas air suam






Oh, ya... stok sayur dah nak habis da. Nak buat senarai beli stok baru la. Nak beli apa ya?

Sabtu, 5 Mei 2012

SAMBUNG LAGI



Panas giler hari ni. Sampai ke malam lak tu. Rasa nak bukak baju masuk dalam peti ais jer. Muat ker Lada Hijau oii? Ko belum ramping lagi ye.   


Sabar Lada Hijau. Jangan mengamuk dulu. Anggap jer hinaan tu satu petunjuk yang ko kena terus diet. Nanti bila berat badan ko dah turun ke tahap ideal, bukan peti ais jer, dalam air cond pun ko leh masuk. Esok genap dah dua minggu. Tapi sebab on and off jer, apa kata ko sambung tempoh induction ke dua minggu lagi. Lepas tu baru masuk ke tahap Ongoing Weight Loss  pulak. Amacam?



Dah jangan nak mengada tunjuk muka letih. Ko nak kurus ke tak nih? Hmm... ye la... ye la... maknanya two more weeks to go la. Matilaaaa Okay, I'll take the challenge!!! Matilaaaaaaaa

Pagi
1 gelas susu Anlene
3 gelas air suam

Tengah Hari
3 biji telur dadar hancur
1 pingan anak sawi baby mustard dengan sos tiram
5 gelas air suam



Malam
1 mangkuk ayam dengan sos lemon
1 mangkuk coleslaw
5 gelas air suam



Yang kat bawah ni pulak menu Lada Hijau semalam.

Pagi
1 keping keju
4 gelas air suam

Tengah Hari
2 biji telur rebus
4 gelas air suam

Malam
1 manguk salad
1 mangkuk bakso
5 gelas air suam



Salad tu Lada Hijau makan kat umah lepas balik dari office kul 9:30 malam. Lepas tu satu family kuar gi antar barang kat rumah adik. On the way back home, singgah kedai makan and terbabas bakso semangkuk. Okay... okay... to be jujur, Lada Hijau siap ratah rendang daging ngan hati lembu berempah. Tu je? (<.<) Okay... okay ngan ayam goreng seketul. Tu je? (<.<) Ye, tu jerrrrr. Apa kata waktu malam ko brenti makan kat luar buat sementara waktu ni Lada Hijau oiii...



Oh, tidak!