Sabtu, 24 April 2010

PENGUMUMAN!

Dah sebulan lebih tak pos apa-apa kat sini sejak 13/03/2010. Ko ni minat ke tidak lagi ngan blog ko ni Lada Hijau? Orang berblog ko pun nak jugak berblog... aish! Okay, lepas ni Lada Hijau cuba pos entri baru sekerap yang boleh. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi hari ni Lada Hijau ada beberapa pengumuman penting nak buat. Semuanya ada empat pengumuman.


PENGUMUMAN PERTAMA : Nakamaru Yuichi

Korang kenal tak dia? Ni la lelaki paling hensem penakut kat Jepun... ahahaha! Salah sorang ahli kumpulan yakuza KAT-TUN. Kalau korang jugak minat kat dia, Lada Hijau dah bukak satu lagi blog penuh ngan gambar, video dan cerita dia sebab laptop Lada Hijau dah terlalu berat nak simpan gambar-gambar dia yang Lada Hijau terima dari kenkawan. Kenapa Lada Hijau minat kat lelaki penakut ni? Kalau nak tau, korang boleh klik kat sini


PENGUMUMAN KEDUA : Lada Hijau's Livejournal

Selain blogger, Lada Hijau jugak aktif kat Livejournal. Kalau korang jugak pengguna Livejournal dan nak tengok dan guna icons, banners, headers and desktop/laptop wallpapers designed by me ni apa hal lak tetiba taip versi omputeh ni? Sila klik kat sini


PENGUMUMAN KETIGA : Selamat Tinggal Romeo Myspace

Ya, setelah berbulan-bulan memikirkan tentang perkara ni, hari ini dengan nekadnya Lada Hijau mendelete akaun Myspace. Bukan sebab Myspace tak bagus tapi kerana Lada Hijau tak popular. Sebelum mendeletenya, sempat jugak la Lada Hijau mengambil beberapa gambar kenangan untuk tatapan dikemudian hari...ek'elleh.

Masih ada 34 email yang belum dibaca. Bukan penting pun. Kalau tak dari lelaki miang seluruh dunia yang nak mintak YM address, mesti dari peniaga-peniaga internet yang nak promote tips untuk cepat kaya. Hmm... kalau betul la, dah lama seluruh rakyat Malaysia ni kaya-raya. Hari-hari kira duit saja.


Lagu yang menjadi muzik latar profile Lada Hijau kat Myspace. Love today by Mika.

Mereka turut menari sekali mengikut rentak lagu.


Oh! I'll miss this cat...


Hah! Tu tujuan sebenarnya. Nak cari kawan.


Kalau boleh biar kekal.

Dalam setahun dapatlah dalam 48 orang kawan. Ya, dengan bangganya Lada Hijau cuma ada 48 orang 'kawan' sahaja!


Dan mereka hanya sekadar memenuhi ruang dengan pelbagai aksi dan gaya.


Alamak! Lupa lak nak save gambar kucing ngan tikus ni. Hmm... takpe la... kat rumah ni pun banyak gak kucing ngan tikus betul merayap. Cuma kucing-kucing dan tikus-tikus tu tak bergurau senda ngan sudu macam dalam gambar ni je la.



Sekali lagi, 48 orang 'kawan' dalam senarai tapi takde sebarang komunikasi.


Yang ada pun sekadar nak tanya sama ada Lada Hijau suka mereka atau tidak? Sedangkan Lada Hijau dan mereka tak pernah kenal antara satu sama lain. Camne nak jawab ngan jujur? Nak tak nak Lada Hijau klik je la YES.



Kalau tak lelaki miang ajak borak kat YM, mesti jemputan untuk ajak main poker. Bila tak layan, mesti Lada Hijau terima email yang penuh ngan kata-kata carutan atau makian. Contoh : Alah! Macam lah ko cantik sangat! Pompuan tut! tut! tut! tut! dan tut lagi (setelah di alih bahasakan ke Bahasa Malaysia) Biasanya email mereka diakhiri dengan tanda seruan yang tidak terkira. Mewakili rasa marah mereka yang tidak terhingga.


Inilah detik bersejarah sebelum akaun dideletekan.



Akhirnya tamatlah riwayat akaun Myspace Lada Hijau.

Hmm... terpikir jugak pasal Facebook. Nak delete ke tidak? Memang bangga bila tengok ada lebih dari 100 orang kawan dalam senarai tapi kalau takat nak memenuhi ruang udara, hmm... baik tak payah. Sekali lagi Lada Hijau sedar yang diri ini tak popular. Tapi bila pikir balik masih ada lagi dua, tiga orang kawan yang masih setia menghantar private message kat situ, Lada Hijau tangguhkan dulu hasrat untuk mendelete. Tambah lak ada banyak gambar yang Lada Hijau dah upload kat Facebook. Kalau tak, memang babai la jawabnya.

Kalau korang rasa nak berkawan dan berkomunikasi ngan Lada Hijau, silalah melawat Lada Hijau's channel kat Youtube atau Lada Hijau's Livejournal. Kalau nak la.



PENGUMUMAN KEEMPAT : Novel Kisah Mereka

Kenapa berhenti dan tak sambung lagi? Sebenarnya dah lama siap tapi ada masalah sket. Kena taip semula sebab fail buat hal. Bab ni yang Lada Hijau malas betul. Kalau takat satu bab je takpe. Ni berbab-bab. Betul-betul bengang. Tapi nak buat cam mana? Dah nak jadi. Ish, bengang jugak lagi nih!

Okay, tu je la pengumuman yang Lada Hijau nak buat. Hmm... macam la ada yang kisah pun.

Sabtu, 13 Mac 2010

Jumaat, 5 Mac 2010

MONYET TERKEJUT!

Lada Hijau kurang pasti pulak panggilan sebenar untuk spesis ni. Nak panggil monyet... rupa cam kera lak. Ah... mungkin jugak Catrol Vancliechin... uish, tak tau la.

Jumaat, 26 Februari 2010

ASAL IKLAN JE TUKAR CHANNEL

Asal iklan je tukar channel... asal iklan je tukar channel. Ya, tu memang perangai Lada Hijau dari kecik lagi. "Channel" adalah perkataan bahasa inggeris pertama yang disebut mak Lada Hijau dengan penuh konfiden.

Tapi sekarang ni iklan dah apgret. Ada gak yang best. Contoh paling senang... IKLAN-IKLAN PETRONAS. Kreatif. Sape la yang punya idea buat iklan "dah potong" tu? Annoying , irritating, frustating. Lada Hijau memang cukup lancar berbahasa inggeris bila time menyampah je.

Kreatif ni bukan benda main-main. Kalau tersalah format boleh jadi syok sendiri. Kat bawah ni ada tiga iklan Lada Hijau nak tunjuk kat korang. Kreatif pun ya. Kelakar pun ya. Bijak pun ya jugak. Ada banyak lagi sebenarnya tapi takut meletup lak blog ni kalau bubuh banyak-banyak karang. Kalau nak tengok lagi dan lagi korang pegi la kat Youtube tu. Berlambak! Taip "Funny Advs".













"Hitam itu menawan"

Tahu tak iklan apa ni?

Jumaat, 19 Februari 2010

KARANGAN HANTU (tak seram pun)

Memang la tak seram pasal karangan ni dalam kategori komedi seram. Dikarang oleh seorang kerani am budak sekolah. Barangkali pelajar kolej swasta sekolah rendah. Lada Hijau terima pun melalui e-mail. Jadi mungkin ada yang pernah terbaca. Mungkin juga tidak. Tak nak cerita banyak. Sila baca dan berhibur!



Cikgu tu mesti terkencing dalam kain masa semak kerja budak genius ni.

Khamis, 18 Februari 2010

ALLAH SELAMATKAN KAMU ~~~

ALLAH selamatkan kamu~~~
ALLAH selamatkan kamu~~~~~~
ALLAH selamatkan Ismet Ulam Raja Ayong
ALLAH selamatkan kamu~~~~~~~~~~~~~~~



Nama budak ini Nur Amirah Najihah Bte Amir. Nama mak dia Rasyidah ( betul ke ejanya ni). Kita orang semua kat rumah panggil dia Ayong. Hari ini harijadi dia. Jadi Lada Hijau buat entri khas untuk ucap selamat harijadi biarpun dia tak pernah baca blog ni. Sebab umur dia baru 9 tahun. Dia lebih suka main kejar-kejar atau bawa basikal laju-laju daripada baca blog. Bahan bacaan kegemarannya pula ialah buku teks. Jadi konfim dia takkan baca blog ni. Tapi Lada Hijau tak kisah. Nak ucap jugak kat sini. Semoga Ayong membesar jadi model manusia berjaya dalam hidup. Sayang Ayong!

Isnin, 15 Februari 2010

PENDUDUK PALING KELAKAR DI DUNIA!

Dengar cerita penduduk kat Osaka, Jepun pandai buat lawak. Kononnya pelawak kat Jepun kebanyakan berasal dari sana. Mereka dikatakan punya tahap melawak paling tinggi. Kira kelakar habis la. Boleh buat orang gelak sampai pecah perut tertonggeng. Dialek mereka jugak lucu. Lagi pulak, ada yang kata penduduk Osaka ni sporting giler. Baik yang muda bawak ke tua. Tak kira lelaki ke perempuan. Eh? Betul ke? Apa lagi bebeh? Lada Hijau pun menggoogle la. Cari bukti. Cari punya cari jumpa video ni kat Youtube.







Amacam? Ada tak yang gelak sampai mati kejang? Hah, apa?! Tak kelakar? Sapa yang tak gelak tu... sah korang memang sengal. Ah, takpelah. Suka ati korang la nak gelak ke tidak. Lepas tengok video tu tadi, Lada Hijau teringin lak nak try kat jiran-jiran terdekat. Nak test tengok. Agak-agak camne reaksi diaorang ek? Rasanya kalau tak kena lempeng lempang percuma...





Oh, yes!




... grenti malu sendiri sebab takde respon. Ah, baik jangan.

Sabtu, 13 Februari 2010

YEAH, HUJAN NAK TURUN!

Semalam kira-kira pukul 5:30 petang. Kilat sabung-menyabung kat langit. Guruh berdentam-dentum. Langit pun berubah jadi raksasa gelap.






Angin mula bertiup kencang. Wow, seksi!






Apa lagi, teruslah jogging berlari. Pergi tutup tingkap, pintu dan celah-celah lubang. Takut masuk penyamun air. "Hujan nak turun ni. Mesti lebat." Fikir Lada Hijau dalam hati.






Memang lebat tapi turunnya cuma seminit. Eh?





Sabar je laa...

Khamis, 11 Februari 2010

PANASNYA!

Memang ya. Rasa nak bogel berendam lama-lama je. Tak tahan. Peluh dah macam air terjun Ulu Yam Niagara. Mencurah laju. Kan bagus kalau kat Malaysia ni berdebu bersalji. Lari pecut 400 meter pun grenti tak berpeluh. Sejuk memanjang.





"Oii, mak kau!"





Oh, hujan! Turunlah. Sejukkan bumi ni. Biar selesa sikit. Jangan banjir sudahlah!








"Ek'elleh... payung ni pun. Time cemas gini lak buat hal!"






Eh? Ada jugak spesis yang suka berjemur masa matahari tengah menerik ni. Tak reti panas ke apa? Gambar dua ekor kucing tu cuma contoh je. Ingat nak letak gambar minah salleh tengah berjemur tapi seksi sangat la pulak. Sampai sini sajalah laporan cuaca dari Lada Hijau. Nak pergi mandi bunga jap. Kamu semua pergilah mandi wajib kalau rasa panas jugak. Sekian terima kasih.


Selasa, 9 Februari 2010

CERITA BERGARIS

Lada Hijau nak cerita tentang seorang musuh sahabat tak karib. Dia sangat kejam sebab akhir-akhir ini dia macam cuba jauhkan diri dari Lada Hijau. Mungkin sebab Lada Hijau tak dapat belanja dia makan macam dulu lagi. Sekarang tahap kewangan Lada Hijau cuma mampu untuk belanja dia minum saja. Itupun air kosong. Paling mahal pun sirap. Entah-entah dia marah sebab Lada Hijau tak datang-datang setiap kali dia ajak ke rumahnya. Lada Hijau tahu tujuan sebenar dia ajak. Dia nak tunjuk perabot-perabot mahal yang baru dibelinya secara ansuran itu. Maaflah kalau itu barangkali sebabnya. Mungkin juga dia takut kalau-kalau Lada Hijau telefon sebab nak pinjam duit. Macam dia pernah pinjam duit Lada Hijau dulu. Bila dia sesak setiap bulan macam jalan-raya. Tapi Lada Hijau bukannya nak pinjam apa-apa pun. Cuma nak tanya khabar saja. Sihat ke tidak? Anak-anak dah pandai mengeja ke tidak? Macam dia selalu telefon Lada Hijau dulu. Walaupun sekadar missed call. Bila Lada Hijau telefon semula, Lada Hijau cuma sempat cakap Hello saja. Lepas itu dia yang lebih bercakap dari Lada Hijau sendiri. Biarpun otak ligat mencongak jumlah prepaid yang dah nak habis, Lada Hijau tak kisah. Lada Hijau tetap dengar dengan sabar. Tak sampai hati nak suruh dia berhenti bercakap. Meluahkan masalah yang sedang dihadapinya sedangkan Lada Hijau sendiri ada 359 masalah yang masih belum selesai masa itu. Atau mungkin juga aktivitinya yang suka bergayut lama-lama guna telefon pejabat sudah dihidu oleh boss dia yang garang itu. Ah, tak baik fikir yang bukan-bukan. baik hati dan bertimbang-rasa. Dia sentiasa berada di sisi Lada Hijau saat senang saja susah dan senang.


Cerita di atas memang betul hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup yang angau, yang sengsara, yang nazak atau yang mati.


Lada Hijau baru lepas jenguk blog kawan-kawan. Bila tengok ramai yang guna teknik muka taip bergaris ni, rasa teringin pula nak cuba. Leceh punya kerja. Tekan butang padam delete terus kan lagi senang. Ini bukannya kertas ujian sekolah menengah. Tak dibenarkan guna cecair kertas Liquid Paper. Pelik sungguh. Tapi bila dah cuba dan tahu cara nak buat muka tembok muka taip bergaris ni rasa seronok la pulak... ehehe...


Pengawas peperiksaan : Ni sapa ajar padam guna air liur ni?

Pelajar : Mak saya.



Pada yang dah tahu jangan nak berlagak baguslah. Yang belum tahu lagi macam mana nak buat muka sardin muka taip bergaris ni, sila ikut contoh di bawah.



Lada Hijau cute sangat!




< strike > Lada Hijau cute sangat! < / strike > (gamkan rapatkan)

Ahad, 7 Februari 2010

2010 - MIMPI MAKIN PELIK!

Assalammualaikum! (tak jawab berdosa)


Eh... bila tengok tarikh entri terakhir rupanya dah tiga bulan tak pos apa-apa. Nasib baik password ingat lagi. Ini menandakan ingatan Lada Hijau masih tajam... ahaks! Rasanya tak terlambat kalau nak ucap selamat tahun baru. 2010 ada sebelas bulan lagikan. Diharap seluruh hamba Allah s.w.t di muka bumi ini bahagia sentiasa.

Masa taip entri terbaru ini, Lada Hijau baru terjaga dari tidur. Baru lepas habis mimpi. Sebenarnya tak habis lagi. Mimpi tergantung. Dalam mimpi itu Lada Hijau tengah duduk atas tangga batu rumah papan. Duduk mengadap jalan yang lengang. Lokasinya betul-betul macam tempat tinggal Lada Hijau dulu. Tiba-tiba lalu seorang lelaki tua pangkat atuk kat atas jalan yang lengang itu. Atuk itu sedang mengayuh basikal dan cucu lelakinya yang lengkap berpakaian sekolah duduk di belakang sambil memeluk erat pinggangnya. Kalau dikira dari arah tujunya, barangkali atuk itu baru jemput cucunya pulang dari sekolah. Yang peliknya, atuk yang berwajah selamba itu kayuh basikal dengan memakai gaun berenda paras lutut, bercorak petak-petak kecil dan berona light pink. Gaun jenis berlengan panjang. Tapi bila atuk itu pakai, lengan itu nampak senteng (laa... mestilah). Rasanya muat untuk budak perempuan usia lima tahun. Eh, biar betul atuk ni. Sedang Lada Hijau berusaha menahan gelak dalam mimpi tiba-tiba ada satu suara dari belakang menegur "Eh, apa kena ngan atuk tu?" Terus tergelak tak ingat dunia. Sedar-sedar Lada Hijau terjaga dari tidur. Tergelak sorang-sorang atas katil. Tahap komedi betul mimpi ni. Bila habis gelak dalam gelap, baru Lada Hijau teringat. Bukan ke gaun itu Lada Hijau pernah pakai masa sambut harijadi Lada Hijau dulu. Masa itu umur baru tiga tahun. Lepas teringat Lada Hijau sambung gelak balik.

Pernah Lada Hijau mimpi gigi patah. Setiap kali mimpi macam itu datang, esoknya Lada Hijau dapat berita tentang kematian saudara terdekat. Jadi setiap kali mimpi gigi patah, Lada Hijau tertanya-tanya. Siapalah agaknya? Harap tak ada apa-apalah. Masa kematian Michael Jackson tahun lepas pun, Lada Hijau baru lepas mimpi gigi patah. Paginya terus terbaca pasal kematian mengejut beliau. Peliknya, Michael Jackson bukan saudara terdekat Lada Hijau (ya kot... oh tidak... nama Lada Hijau tak ada dalam wasiat beliau ). Betul, Lada Hijau tak tipu. Mesti tak ada orang yang percaya punya kan. Jadi Lada Hijau tak beritahu sesiapa pun pasal ini. Lada Hijau sendiri pun terkedu. Biar betul. Memang betul. Serius. Mungkin sebab dari kecil Lada Hijau minat MJ kot atau kebetulan barangkali. Ahh... kalau mimpi boleh divideokan pasti Lada Hijau dapat buktikan kesahihan cerita ini. Tahun lepas dan sebelumnya juga Lada Hijau banyak kali mimpi kena patuk dan gigit dek ular (itu pun nak cerita). Kejap kat kaki, kejap kat tangan. Kena kejar pun ada. Nampak ular mati beramai-ramai... eh... berbanyak-banyak pun ada jugak. Apa punya mimpi la.

Masuk tahun 2010 ni, tahap kepelikan mimpi Lada Hijau semakin menjadi-menjadi. Betulkah mimpi bawa makna? Makna baik atau buruk? Nak percaya takut berdosa pula. Al-maklumlah tabung dosa Lada Hijau semakin penuh. Tabung duit saja tak pernahnya penuh. Semalam punya mimpi pula... nak cerita ke tidak? Orang yang Lada Hijau pernah sakitkan hati dulu (dia pun sakitkan hati Lada Hijau jugak) datang dekat Lada Hijau, senyum-senyum dan pegang tangan Lada Hijau. Lepas itu dia cium Lada Hijau bertubi-tubi. Tak. Bertalu-talu. Eh, perkataan apa yang sesuai untuk buat mimpi Lada Hijau ni tak masuk tahap 18sx hah? Waa... nasib baik tersedar dari tidur. Eh, kenapa dia masuk dalam mimpi Lada Hijau ya? Tahun sebelum ini dia ada dalam mimpi juga. Adalah dua, tiga, empat, lima, banyak kali. Eh? Masa itu dia cuma pandang dan cakap Ganbatte... eh tak... dia cakap semoga berjaya. Ada juga mimpi dia tiba-tiba datang tolong Lada Hijau. Sambung pasal mimpi semalam, Lada Hijau terfikir sekejap. Kenapa ya? Dia simpan dendam kat Lada Hijau lagi ke? Tapi Lada Hijau dah minta maaf. Dia pun kata, tak pernah simpan apa-apa dalam hati. Harap macam itulah. Kenapa Lada Hijau nak risau? Mimpi kena cium kan best! Oh, tidak. Orang kata makna mimpi ini selalunya terbalik. Kalau mimpi yang baik, biasa maknanya tak baik. Entahlah.


Minggu lepas punya mimpi pula, tentang dua, tiga kawan Lada Hijau (karib agaknya). Mereka duduk berlonggok satu tempat. Ketawa bersukaria sambil makan beramai-ramai. Bila Lada Hijau datang dekat, mereka senyap dan terus pergi. Tak pandang Lada Hijau. Mimpi pun tamat. Kenapa ya? Fikir balik... ahh... dah lama tak jumpa mereka. Telefon pun tidak. Akhir sekali berbual dengan mereka pertengahan tahun lepas. Lepas itu Lada Hijau tak telefon lagi. Seganlah. Bila Lada Hijau telefon dan tanya khabar, mereka jawab sibuk. Ada yang belum sempat Lada Hijau habiskan perkataan Hell(o), dah jawab sibuk dan tanya nak apa? Mungkin mereka tak sibuk lagi bila dah jadi boss barangkali (kerja boss kan tak sibuk... main golf je... ehehe). Dulu mereka yang rajin telefon Lada Hijau. Sanggup lompat waktu makan (tak kurus -kurus pun) sebab seronok sangat dengar suara dan cerita mereka. Tapi sekarang tak lagi. Berhenti telefon, Lada Hijau ganti dengan hantar e-mail. Eh, mereka tengok tak email-email tu semua? Segan lagi, bila ada yang kata e-mail yang Lada Hijau hantar berlambak-lambak buat komputer sangkut. Lada Hijau berhenti hantar e-mail (kadang-kadang terhantar jugak).


Sampai sini sajalah cerita pasal mimpi. Ada banyak lagi yang pelik dan buat Lada Hijau tertanya-tanya tapi cukuplah yang kat atas itu sebagai contoh. Agak-agaknya Lada Hijau ada tak dalam mimpi mereka semua? Macam mereka selalu datang dalam mimpi Lada Hijau tanpa henti. Baik kawan, (bekas) musuh dan orang asing (siapa atuk tua yang pakai gaun tu ek). Buat semua yang Lada Hijau kenal dan pernah kenal. Harap semuanya sentiasa dalam keadaan baik dan gembira sentiasa. Tak kiralah mereka ingat ke tidak lagi pada Lada Hijau. Yang penting mereka sentiasa dalam ingatan (tajam) Lada Hijau. Mungkin sebab itu mereka selalu masuk dalam mimpi.


SELAMAT DATANG 2010!