Bila subuh menjemput pagi, orang kampung mula datang. Pangkin semakin penuh. Sampai ada yang duduk bersila beralaskan tikar di lantai. Stok pisau semua dah bertuan. Hingga pisau yang Lada Hijau pegang pun di ambil orang. Katanya, Lada Hijau dah penat. Biar dia ganti... (e'eh pepandai je mak cik ni). Biarpun tak rela, terpaksalah pisau tu Lada Hijau lepaskan jua... (yalah... takkan nak berebut lak ngan mak cik tu. Ish, mak cik... nasib baiklah ko mak cik). Dalam kebengangan, Lada Hijau semakin tak keruan bila duduk tak buat apa-apa. Apa nak buat ni?
Sepupu-sepapat Lada Hijau pula, mana-mana yang anak ramai, dapatlah mereka menyibukkan diri dengan anak-anak. Sedangkan anak-anak mereka tak bermasalah pun. Budak-budak itu lebih senang bebas tanpa pemantauan ibu-bapa. Yang umur sebaya-sebaya pula, menyibukkan diri berbual atau keluar berkumpulan menaiki kereta. Dengan alasan, nak beli mana-mana barang yang tidak cukup di pasar. Sambil-sambil itu mereka bersarapan sekali di luar... (abah Lada Hijau selalu guna alasan ni... bijak... bijak).
Lada Hijau? Hmm... masih dipinggir pangkin bertemankan mak cik-mak cik yang tidak henti-henti menghiris, memotong, merempah dan bermacam 'me' lagi. Mahu juga beramah dan mencelah tapi susah. Tidak faham hujung dan pangkal cerita mereka... (mentang-mentanglah semer satu geng, satu kepala, satu suara). Tak nak nampak janggal, Lada Hijau senyum, buat-buat faham.Akhirnya, macam biasa... Lada Hijau yang 'malas' ini terus tercongok di atas pangkin. Melihat gelagat mereka yang rajin tunjuk rajin. Bukan tak nak tolong tapi pisau tak cukup... he he he... Lada Hijau pula bagi alasan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan