Isnin, 3 Ogos 2009

SINOPSIS KISAH MEREKA

SINOPSIS

Kisah Mereka berkisar tentang beberapa permasalahan anak remaja dan keterlanjuran dosa silam ibu-bapa sewaktu usia sebaya anak-anak. Kisah Aki seorang anak gadis yang memberontak dan menjadi biadab setelah dirinya digelar anak haram. Kisah Joe yang tersepit di antara kasih kepada adik dan taat kepada ibu. Kisah Fizi seorang anak yang masih belum matang biarpun usianya semakin meningkat. Kisah Yan seorang anak remaja yang lebih mengutamakan keluarga hingga lupa kepentingan diri sendiri. Kisah Azam seorang anak yang dibuang ibu kandung. Kisah Jasmin seorang anak yang kesunyian. Kisah Adib seorang anak lelaki berpewatakan lembut dan sensitif namun takdir memberanikan dirinya untuk mengenali seorang sahabat. Juga kisah Oly seorang gadis berpendidikan tinggi dan tidak pernah terfikir ada kekurangan dalam dirinya hinggalah kejadian yang berlaku disekeliling menyedarkan dirinya tentang nilai sebuah keluarga biarpun dia tidak pernah berengang dengan ayah, adik dan abangnya. Dalam diam pertemuan dan persahabatan yang terjalin tanpa dirancang merungkai satu-persatu rahsia yang telah lama berhabuk di sudut hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan