Isnin, 30 April 2012

MINGGU KEDUA

Hari ni masuk minggu kedua dan rasa hampir nak mati hari kelapan Lada Hijau berdiet. Harap-harap berterusan le semangat ni. 

Pagi
1 keping keju
2 biji telur dadar hancur
3 gelas air suam

Tengah Hari
1 mangkuk sup sayur campur (sawi dan kubis)
5 gelas air suam



Malam
2 ketul ayam goreng
1 mangkuk salad
5 gelas air suam





Teruskan Lada Hijau. Teruskan... 



Ahad, 29 April 2012

MENU HARI KETUJUH

Pagi
1 cawan yogurt
4 gelas air suam


Tengah Hari
1 mangkuk sup cendawan dengan brokoli
5 gelas air suam


Malam
1 pinggan sayur campur (anak sawi baby mustard, brokoli dan ketulan ayam dengan sos tiram)
5 gelas air suam


Kat atas tu menu Lada Hijau for today dan kat bawah ni keadaan Lada Hijau hari ni. 



Jangan nak mengada Lada Hijau. Ko tu dah memang pemalas. Makan banyak pun ko tetap takde tenaga kan?

Sabtu, 28 April 2012

LETIH


Tipu la kalau kata tak letih. Lapar giler! Tahan berak lagi senang dari tahan selera makan. Aish! Don't give up Lada Hijau. Ini dah hari keenam ko makan kurang. Letih jer, bukannya mati kan? 

Pagi
1 keping roti canai
1 gelas susu Anlene
2 gelas air suam



Ya, Lada Hijau tau roti canai tu salah satu sumber karbohidrat tapi rugi la tak makan. Orang belanja tuuuu. Rezeki jangan ditolak kan?

Tengah Hari
3 biji telur rebus hancur dengan mayonis
2 ketul ayam goreng
3 gelas air suam




Malam
1 mangkuk sup cendawan
3 gelas air suam



Okay tak? Kira okay la kan. Cuma menu Lada Hijau macam kurang sayuran hijau jer kan.



Maknanya esok kena pergi pasar cari sayur la. Nak beli sayur apa ek?

Jumaat, 27 April 2012

MAKIN TERKAWAL

Lupa nak citer. Semalam Lada Hijau pergi klinik. Jumpa doktor dan sempat tanya pendapat dia pasal Atkins Diet nih. Doktor kata lantak ko lah kalau takde gout bole la cuba. Tak salah cuba konsep Atkins ni tapi tak boleh buat untuk jangka masa panjang la. Tu je maklumat yang Lada Hijau dapat. Klinik kerajaan. Bayar singit takkan nak tanya lebih-lebih pulakkan. Betul tak pak cik-pak cik semer? 


Okaylah, jom tengok menu Lada Hijau hari ni.

Pagi
2 biji telur hancur (tanpa minyak terus masukkan susu dalam kuali panas - masukkan telur yang dah dipukul rata - bawang putih yang dah dicincang - kacau sampai hancur dan masak)
1 gelas teh halia
2 gelas air suam

Tengah Hari
2 keping dada ayam bakar
1 mangkuk sup bayam
3 gelas air suam

Malam
1 mangkuk coleslaw
10 cucuk sate ayam
3 gelas air suam





Coleslaw tu buat sendiri tapi sate beli la. Melampau la buat sendiri. Bila masa nak memerap, bila masa nak menyucuk, bila masa pulak nak mengipas kan. Yang penting hari kelima nafsu makan Lada Hijau waktu malam makin terkawal. 


Jadi, agak-agaknya bila boleh kurus ya? Lambat lagi Lada Hijau... lambat lagi.

Khamis, 26 April 2012

CUBA KURANGKAN SIKIT

Kurangkan apa?




Kurangkan pengambilan makanan laaa... bukan kain. Patutlah asyik tak menjadi. Nawaitu tak betul! 



Tak la, kekadang teringin gak nak pakai mini skirt. Tapi tak nak la nampak sekarut pak cik ni. Ko jangan hina pak cik ni Lada Hijau. Tak baik. Setiap orang ada keinginan jugak kan. Cuma kena la sesuaikan ngan keadaan dulu. Jadi, dalam keadaan badan ko yang tak berapa mengiurkan sekarang ni baik ko hapuskan hasrat nak bermini skirt tu. Nanti muntah-muntah pulak manusia seluruh dunia.

Okay, berbalik kepada program Atkins Diet nih. Lada Hijau rasa macam tak menjadi sangatlah. Asyik gagal jer. Tengok! Baru tiga hari dah give up. Apa nih Lada Hijau? Don't tell me you wanna quit! Habis tu, asyik tak menjadi jer. Bosanlah! Kenapa susah sangat nak kuruskan badan? Kan bagus kalau ada krim yang boleh sapu seluruh badan, lepas tu dalam masa satu malam lemak mula membakar dan esoknya terus ramping! Ataupun mesin yang boleh susutkan badan orang gemuk dalam masa dua minit! I need Doraemon now!



Macam nilah, sebelum ko jadi gila, apa kata kita tengok balik usaha ko tiga hari lepas. See, sebenarnya ko dah berjaya kurangkan makan walaupun ko gagal ikut konsep Atkins. Sebelum ni ko makan banyak tak ingat dunia kan? Tapi tiga hari lepas, ko dapat tahan nafsu makan waktu pagi dan tengah hari. Cuma malam jer ko mengganaskan?



Maknanya, ni satu permulaan yang baik. Puji diri sendri nampak(<.<)  Apa kata, daripada nak kurus baik ko tukar program ni kepada proses menurunkan berat badan. Sekarang ni otak ko tu asyik pikir nak kurus jer. Sebab tu ko cepat give up bila badan ko tak kurus-kurus. Ko takleh kejam ngan badan ko sendiri. Dah lah bertahun-tahun ko sumbat perut ko ngan macam-macam. Nanti perut ko lak yang stress.


Jadi, apa patut saya buat sekarang? Macam ni, ko teruskan jer konsep diet Atkins tu macam biasa. Kalau tak dapat ikut sepenuhnya, ko buat ikut mana yang mampu dulu asalkan ko kurangkan pengambilan makanan. Contohnya, dalam masa dua minggu takleh makan nasi kan? Tapi kalau nafsu ko tu dah menggigil jugak nak makan nasi, ko makan sesenduk jer. Jangan ko tibai setengah periuk macam dulu-dulu. Ataupun gantikan dengan roti. Faham? Lepas tu, hari demi hari ko cuba hindarkan makanan berkabohidrat dan buat diet Atkins ni sepenuhnya. Cuba la. Tak cuba tak tau kan?



Maknanya, kena buat jugaklah? Yalah! Kata nak kurus. Kalau tak kurangkan makan, camner berat badan tu nak turun. Dah, takyah nak mengeluh lagi. Jom tengok menu Lada Hijau hari ni.

Pagi
1 biji buah plum
1 biji buah epal
1 gelas susu Anlene
2 gelas air suam

Lada Hijau dah beli buah-buah tu semer untuk stok seminggu. Kenalah habiskan. Takkan buang pulak. Sorry Atkins, I langgar pantang lagi (^-^)v

Tengah Hari
2 biji telur dadar
1 mangkuk sup bayam
1 gelas teh ais (kurang manis tau)
3 gelas air suam

Malam
1 gelas susu Anlene dengan 2 sudu Quaker Oats
3 gelas air suam

Eh! Cam tak percaya jer kan? Harap-harap esok nafsu ni tak balas dendam.



Jadi, teruskan memanjat berusaha ya! Nawaitu kena betul. Baru menjadi. Sebab utama untuk turunkan berat badan ye. Bukan untuk pakai seksi-seksi. Ingat tu Lada Hijau!

Rabu, 25 April 2012

NAFSU MALAMKU TAK TERKAWAL

Kenapa dua minggu? Boleh ke kurus dalam masa dua minggu je? Kenapa tak dua bulan? Dua tahun ker? Atau viva forever? Konsep Atkins Diet ni sebenarnya untuk kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat buat sementara waktu. Bukan selama-lamanya. Maknanya dalam masa dua minggu kena amik sumber protein jer. Masa ni la lemak-lemak yang berlebihan dibakar jadi sumber tenaga. Itupun ikut berat badan. Kalau tersangat berat kena la lebih minggunya. Kalau kesihatan mengizinkan, boleh la buat sampai enam bulan hingga ke dua tahun. Lepas tu amik balik makanan berkarbohidrat tapi kena ikut keperluan la pulak. Jangan main tala sampai badan naik balik mendadak-dadak. 


Dah faham Lada Hijau? Ko ingat lemak dalam badan ni leh senang-senang bakar ngan mancis je ker? Okay lah, tak mau citer banyak. Meh tengok menu Lada Hijau hari ni. Berjaya ke tidak kawal nafsu.

Pagi
1 biji buah plum
1 keping keju
1 gelas susu Anlene
2 gelas air suam

Ko masih tak faham-faham lagikan Lada Hijau. Ko tau tak buah takleh makan dalam masa dua minggu ni sebab bergula. Laaa... ye ke? Dah termakan, nak buat camner kan. Alah, sebiji jer.

Tengah Hari
1 mangkuk Quaker Oats dengan daging cincang
3 gelas air suam

Cam tak balance jer kan. Takder sayur. Dalam peti sejuk cuma ada bendi jer. Takleh makan. Alergik!

Malam
2 mangkuk nasi goreng daging
1 bekas Mister Potato habis licin
1 pinggan cekodok bawang cecah ngan semangkuk daging sambal siap bubuh kentang
2 bar coklat Kit Kat
1 gelas air limau ais
1 gelas susu Anlene campur dua sudu Quaker Oats
2 gelas air suam

Takleh nak cakap apa dah. Confirm GAGAL! Sia-sia berlapar siang hari. Malam jer terus tukar jadi werewolf. 


  
   

MENJADI KE TIDAK?

Kesian blog ni. Dah 2 tahun terbiar. Tak patut betul la Lada Hijau ni. Dah beranak tak reti nak jaga. Tau nak berfohye-fohye jer. Wei, apa hal kutuk diri sendri lak nei?! Bila masa lak Lada Hijau beranak? Kahwin pun belum. Bercinta slalu la. Sorry arr tak jenguk kat sini for 2 years. Memang arr tak patut, tapi sekurang-kurangnya Lada Hijau tak delete terus kan? sape kesah kalau delete pun


Tetiba malam ni rasa nak kongsi sesuatu lak kat sini. Sebelum tu kena la bersih-bersihkan sket blog ni. Dah lama kena tinggal. Mesti berdebukan? Okay, sebenarnya dua-tiga menjak ni hasrat Lada Hijau nak kuruskan badan meluap-meluap sebab berat badan Lada Hijau ni dah sama berat ngan sekor kerbau melebihi 100kg. Hello, I can hear you laughing ye. Gelak la tapi memang berat pun kan? Lada Hijau sendiri pun dah tak larat nak bawak badan ni. Bukan aje lari, baring pun rasa penat. I'm 34 and still single. Is that bad? Mesti arr kan? Title anak dara tua tu confirmed dapat. Okay, ketepikan bab title tu dulu. Sekarang ni Lada Hijau nak fokus kat bab menurunkan berat badan ni. Ada tak cara paling cepat? Contohnya dalam masa 2 hari leh turun 50kg. Ko gila Lada Hijau? Gajah jantan pun leh mati! Habis tu camner? I'm desperate you know!

Kenapa nak kurus?



Sebab nak nampak seksi. Biar ramai lelaki pandang dan ajak I kahwin. Seriously, I feel so down and sad bila budak ni lebih seksi than me. Kegemukan Lada Hijau dah tahap kronik. Tak cute and tak comel langsung. At least, I sedar diri okay! Jadi apa patut Lada Hijau buat? Kurangkan makan or tak makan langsung? Atau buat liposuction? Sedut lemak sampai habis pastu buat lilin. Masalahnya, ko seksi ke bila kurus nanti? Okay la, ketepikan bab seksi, fokus bab kurus dulu.

Nasib baik dalam keadaan tertekan ni Lada Hijau nampak jalan.


Atkins Diet! Walaupun nafsu serakah makan Lada Hijau bakal menjahanamkan cubaan ni, Lada Hijau nak buat jugak! Come on, Lada Hijau. Think positive! Dah 34 tahun ko makan banyak, apa kata 2 minggu ni ko try makan sikit. Kurangkan makanan berkarbohidrat for these 2 weeks. Ko nak seksi kuruskan?



Pengsan sekejap lepas bace semer syarat dan menu yang boleh dan tak boleh diambil. Gila! Ni menu nak bagi mati! Apa nih Lada Hijau? Cepat sangat give up. Cuba dulu baru tau. Dah buat dah semalam but failed. Kenapa? Kat mana silapnya?

Cubaan pertama  -  23/04/2012

Pagi
- Telur rebus 3 biji. Hancurkan pastu gaul ngan mayonis dan serbuk lada hitam
- Susu Anlene segelas
- Air suam 2 gelas

Awal-awal lagi dah langgar pantang. Kalau tak silap tak leh amik susukan? Entahlah Lada Hijau. Ko hentam je la janji cuba.

Tengah Hari
- Ikan cencaru masak asam pedas. Terpaksa la makan ikan dia jer. Kalau masak sup boleh la hirup kuah skali. Sabar je lah Lada Hijau. Ko yang nak kurus sangat kan?
- Sayur goreng - kacang peas dengan kulit dan kentang 
- Air suam 2 gelas

Langgar pantang lagi. Kentang tak leh kan?

Malam
- Nasi, ikan cencaru masak asam pedas, ikan cencaru goreng dan sayur goreng.
- Coklat SNICKERS 2 bar
- Cendawan goreng
- Ayam goreng sadur ngan serbuk roti
- Murtabak 2 keping
- Teh ais 3 gelas
- Air suam 3 gelas

Hambik ko. Tak sampai 24 jam nafsu makan dah mengganas balik. Kalau ni program reality tv confirm peserta pertama yang kena balik ngan beg besar ialah saya. Tapi, Lada Hijau berjaya minum lebih dari 2 liter air tau. Ko minum air satu tong pun, gagal tetap gagal ya.

Cubaan kedua  -  24/04/2012

Pagi
-  Telur rebus 3 biji. Hancurkan pastu gaul ngan mayonis dan serbuk lada hitam
- Susu Anlene segelas
- Air suam 2 gelas

Sorry, susu Anlene tu kena minum jugak. Alah, langgar syarat sket je.

Tengah Hari
- Quaker Oats ngan sayur kubis, kacang peas (berkulit), biji teratai ngan telur dua biji.
- Air suam 3 gelas

Kat sini je dah lima bijik telur Lada Hijau makan dalam satu hari. Eh, seimbang ke tak diet Lada Hijau ni?

Malam
- Quaker Oats ngan udang.
- Air suam 3 gelas

Yay! Berjaya! Tapi sengsaranya Tuhan jelah yang tau. Apa pun diet Lada Hijau ni tak cukup Atkins lagi. Perlu baca dan faham lagi apa yang boleh dan tak boleh. Ish, tak sabar rasanya nak kurus. 



Dah, jangan nak berangan Lada Hijau. Kita tengok dulu keputusan lepas 2 minggu. Menjadi ke tidak diet Atkins ko nih.